Parti Bansa Dayak Sarawak Baru

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (Bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party, singkatan PBDS Baru) sebuah parti politik yang berpengkalan di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah parti yang diwujudkan semula yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) selepas 9 tahun dibubarkan.Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Tan Sri James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) pula yang gagal didaftarkan.[4]Kongres Dayak Malaysia atau Malaysian Dayak Congress (MDC) ialah parti politik yang ditubuhkan berlandaskan kepentingan kaum Dayak di Sarawak yang masih lagi dalam proses pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dikemukakan pada 6 Mei 2005[1][2][3] oleh bekas-bekas pemimpin dan ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan di mana kebanyakannya merupakan penyokong bekas Timbalan Presiden PBDS, Datuk Seri Daniel Tajem yang terlibat dalam krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) 2003-2004. Hasil daripada perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) itu antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing selepas krisis itu telah menubuhkan dan mendaftarkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah menyertai gabungan Barisan Nasional.[4]. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.[5].[6] Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013.[1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]Sehingga kini, parti ini dipimpin oleh Bobby William. Bobby telah dipilih menjadi Presiden PBDS semasa TDC 2019.

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru

Bendahari Agung Pegawai Warran 1 (B) Sai Malaka
Didahului oleh Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Ideologi Native customary rights (NCR) landowners, Dayak Nasionalisme, hak tempatan & Hak orang Dayak
Warna Merah, Kuning
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
0 / 82
Pecahan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Dewan Negara:
0 / 70
Timbalan Presiden Mejar (B) Moses Ripai
Singkatan PBDS Baru
Ibu pejabat Sibu Jaya
Pengasas Leo Moggie, Daniel Tajem
Slogan "Agi Idup Agi Ngelaban"
Presiden Bobby William
Ditubuhkan 28 Ogos 2013
Dewan Rakyat:
0 / 222
Setiausaha agung Julius Enchana
Naib Presiden Adman Jubang